Pengenalan & Syarat Kemasukan

Pengenalan

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) merupakan pusat pengajian yang menawarkan pengajian pascasiswazah yang mantap. PPPJJ adalah seumpama sebuah universiti mini kerana dibarisi oleh penyelidik-penyelidik bertaraf dunia dalam pelbagai bidang kepakaran yang rata-ratanya menerima geran dari agensi nasional dan antarabangsa. Staf akademik PPPJJ juga telah dianugerahi pelbagai anugerah nasional dan antarabangsa. Pada masa kini, PPPJJ mempunyai lebih daripada tujuh puluh enam orang staf akademik [r1]yang berkemampuan untuk menyelia pelajar-pelajar ijazah sarjana dan doktor falsafah. Kira-kira 85% daripada jumlah staf kami memperoleh ijazah kedoktoran dari universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia. Selari dengan tradisi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh dan sihat di Universiti Sains Malaysia, PPPJJ telah menjadi tumpuan para pelajar tempatan dan negara-negara seluruh dunia seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah dan Selatan serta Afrika. Ramai dalam kalangan graduan PPPJJ kini sedang berkhidmat di negara masing-masing dengan menjawat jawatan penting sama ada dalam bidang akademik, penyelidikan atau pentadbiran.

Pada masa ini, PPPJJ menawarkan ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang-bidang berikut:

MA & PhD MSc & PhD MSocSc & PhD
  • Geografi
  • Sejarah
  • Kesusasteraan
  • Pengurusan
  • Pendidikan Jarak Jauh
  • Pendidikan & Teknologi Pendidikan
  • TESL / TESOL
  • Kajian Ketamadunan
  • Bahasa Malaysia
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Sains Alam Sekitar
  • Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH)
  • Ekonomi
  • Sains Politik
  • Sosiologi / Antropologi

Syarat Kemasukan

Syarat minimum kemasukan program pascasiswazah ialah:

  • Bagi calon Ijazah Sarjana: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (PNGK minimum 2.75 atau kepujian kelas kedua) dari institusi yang diiktiraf
  • Bagi calon Doktor Falsafah: Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan (PNGK minimum 3.00) dari institusi yang diiktiraf
  • Dalam kes-kes calon tidak memenuhi       syarat-syarat PNGK minimum, pengalaman penyelidikan atau penerbitan jurnal boleh digunakan untuk menyokong permohonan pascasiswazah di PPPJJ
  • Permohonan dan pendaftaran dibuka sepanjang tahun bagi pengajian pascasiswazah dengan penyelidikan