Pembelajaran Berterusan

Borang Maklum Balas Pelanggan untuk Bengkel/Seminar/Kursus Pendek


 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (PPPJJ-USM), telah merancang dan menyediakan pelbagai  program dan aktiviti latihan untuk diikuti  masyarakat setempat pada semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan agama, seperti berikut:

a) Kursus Pendidikan Berterusan (atas talian, jangka panjang - akan datang)

b) Kursus Pendidikan Berterusan (atas talian, 22 kursus jangka pendek - ambilan Februari/Mac 2017 dibuka sekarang)

c) Bengkel latihan/kursus pendek (bersemuka, F2F)

d) Seminar Motivasi (bersemuka untuk pelajar sekolah)

e) Lain-lain kursus atau bengkel berdasarkan permintaan (F2F, on-demand)


Objektif Pendidikan Berterusan PPPJJ-USM

Antara objektif penawaran kursus ini ialah :

  1. Menyediakan kursus yang berinovatif secara pendidikan jarak jauh dengan menggunakan bahan pembelajaran kendiri dan ICT tanpa memerlukan perjumpaan bersemuka.
  2. Menyediakan kursus yang bersesuaian untuk tujuan peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai bidang termasuk bidang Pengurusan, Bahasa, Sains & Teknologi, Kesusasteraan , Sains Sosial, Alam Sekitar dan Pendidikan.
  3. Menyediakan peluang bagi lepasan SPM untuk menambah nilai sijil SPM mereka untuk tujuan mendapatkan kerjaya.
  4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi mereka yang sudah berkerjaya untuk pembangunan diri berterusan.
  5. Menyediakan kursus yang bersesuaian dengan kepakaran yang sedia ada di PPPJJ USM dengan kos yang sederhana dan tempoh pembelajaran yang singkat.
  6. Menyokong dasar pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat ramai.

h2

LONJAKAN KE-3 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025 (PENDIDIKAN TINGGI): MENGHAYATI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi individu menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran, memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

Ketahui lebih lanjut tentang agenda Pendidikan Sepanjang Hayat di portal rasmi PSH: Portal rasmi PSH-MOHE

20161020 LONJAKAN PSH