Rancangan Pengajian Ijazah Pertama

Rancangan Ijazah yang ditawarkan oleh USM melalui PPPJJ ialah:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains
    Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik. Pengkhususan kecil (minor) ialah dalam bidang Sejarah, Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.
    Mulai Sidang Akademik 2006/2007, pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
    Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Ekonomi, Sains Politik atau Antropologi-Sosiologi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.

  • Ijazah Sarjana Muda Sastera
    Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
    Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan merupakan pengajian pengurusan yang merangkumi kursus-kursus dalam bidang kewangan, perakaunan, pemasaran, pengurusan operasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi. Pelajar akan berpeluang membuat pengkhususan dalam bidang Kewangan, Organisasi atau Pemasaran pada tahun ketiga. Bidang minor yang boleh diikuti ialah Sains Politik,  Antropologi-Sosiologi,  Ekonomi atau Matematik

  • Kursus Universiti