Program Pesisir science@AlorSetar

* Sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut tentang SCIENCE@ALORSETAR.
* Sila rujuk https://pohon.usm.my/ untuk permohonan secara online (tarikh tutup: 7 April 2017).

Program science@AlorSetar merupakan program pesisir hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM), Kerajaan Negeri Kedah dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dengan tujuan untuk meningkatkan modal insan dalam bidang sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Ijazah yang diperolehi oleh pelajar yang berjaya mengikuti program ini adalah ijazah USM yang sama tarafnya seperti ijazah yang diperolehi pelajar program ijazah Sarjana Muda Sains di PPPJJ dan ijazah Sarjana Muda Sains secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain USM.

Struktur Program

Sistem pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sidang akademik (September - Jun). Pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 122 unit untuk bidang Matematik dan Biologi bagi keperluan berijazah. Sesi pembelajaran akan dijalankan pada hari biasa dan hujung minggu. Tempoh pengajian minimum bagi pelajar science@AlorSetar ialah lima tahun.

Program Pengajian

Program ini ditawarkan pertama kali pada sidang akademik 2016/2017:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi)

Cara Permohonan : Daftar atas talian https://pohon.usm.my

Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

Program Science@AlorSetar menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dengan mengadun  traditional classroom learning, online learning dan independent learning. Pembelajaran bersemuka terdiri dari kuliah dan tutorial manakala online learning akan disokong oleh sidang video, web based teaching menggunakan web conferencing serta bahan-bahan digital lain yang dimuat ke e-learning portal. Siri rakaman e-Kuliah yang diterbitkan oleh pensyarah turut digunakan oleh pelajar dalam independent learning.

1

 

Lokasi Pusat Pembelajaran Program Science@AlorSetar

Blok D, KUIN Mergong, Alor Setar, Kedah

2

mapaloq

* Buat sementara waktu program science@AlorSetar dijalankan di kampus induk USM sehingga kemudahan di pusat pembelajaran Alor Setar sedia untuk berpindah.

Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Penyelaras science@AlorSetar
    Prof. Madya Mohamad Faisal Abdul Karim (Tel: 04-6534557; E-mel: faisal@usm.my)
  • Pengerusi Rancangan Biologi
    Dr. Norsuhana Abdul Hamid (Tel: 04-6532276;  E-mel: norsuhana@usm.my)
  • Pengerusi Rancangan Matematik
    Prof. Madya Dr. Lok Yian Yian (Tel: 04-6534566; E-mel: lokyy@usm.my)

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-6536197 /2322 (Pejabat Am PPPJJ)