SCHOOL OF DISTANCE EDUCATION (SDE)

PROGRAM DWI IJAZAH (UNTUK PELAJAR SEPENUH MASA USM SAHAJA)

PENGENALAN
  • Program Dwi Ijazah merupakan program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) kepada pelajar penuh masa Universiti Sains Malaysia (USM) tahun dua ke atas.
  • Ijazah yang ditawarkan adalah ijazah yang sama tarafnya seperti ijazah sarjana muda di PPPJJ dan ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain di USM.

PROGRAM PENGAJIAN

Program ini ditawarkan bermula sesi 2016/2017 yang merangkumi:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian):
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik)

  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian):
    • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Sejarah)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian):
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Antropologi dan Sosiologi)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Sains Politik)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Ekonomi)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian):
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) (Kewangan)
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) (Strategi dan Pengurusan Organisasi)
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) (Pemasaran)

STRUKTUR PROGRAM

Sistem pengajian yang ditawarkan akan mengikuti sistem sidang akademik seperti yang diamalkan oleh PPPJJ sekarang. Pelajar akan mengikuti kurikulum Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) sedia ada. Bagi keperluan berijazah, pelajar memerlukan sejumlah unit untuk rancangan pengajian berikut: 

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)  = 122 unit 
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) = 124 unit
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) = 124 unit
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) = 126 unit

Walau bagaimanapun, melalui Program Dwi Ijazah ini pelajar hanya perlu melengkapkan jumlah unit kursus Teras bidang yang dipilih sahaja, manakala bagi kursus Elektif, Minor dan Kursus Universiti, pelajar dibolehkan memindahkan unit secara maksimum.

MANFAAT PROGRAM

Program dwi ijazah ini membolehkan pelajar memperoleh dua ijazah sepanjang berada di kampus USM. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing, berkebolehan, dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi apabila memasuki alam pekerjaan berbanding pelajar yang hanya mempunyai satu ijazah sahaja.

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

Program dwi ijazah menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dengan mengadun pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian, dan pembelajaran kendiri. Pembelajaran bersemuka merangkumi sesi kuliah, tutorial, dan amali semasa kursus intensif manakala pembelajaran atas talian disokong oleh sidang video, sidang WebEx (web conferencing) dan pelbagai bahan digital lain yang dimuat naik ke portal e-Pembelajaran. Pembelajaran kendiri pula menggunakan siri rakaman e-Kuliah/modul yang diterbitkan oleh pensyarah.

20161006

SYARAT KEMASUKAN

Program ini akan dibuka kepada semua pelajar ijazah pertama di USM*. Kelayakan kemasukan adalah:

  • Sekurang‐kurangnya mencapai PNGK 2.75 bagi program ijazah pertama yang sedang diikuti calon iaitu setelah calon tamat semester kedua pengajian ijazah pertama beliau.
  • Pelajar hanya dibenarkan mengambil program yang tidak ditawarkan oleh PTJ asal.
  • Pelajar tidak dibenarkan menarik diri daripada program asal.
  • Pelajar yang aktif perlu mendaftar sekurang‐kurangnya 10 unit untuk setiap sidang akademik mengikut peraturan RPJJ.
  • Pelajar perlu mengekalkan sekurang‐kurangnya PNGK 2.75 dalam program asal.
  • Pelajar perlu memenuhi syarat minimum kemasukan program RPJJ yang dimohon.
*Nota: Buat masa ini program Dwi Ijazah PPPJJ hanya dibuka kepada pelajar daripada kampus Induk USM Pulau Pinang sahaja.

CARA MEMOHON

Pelajar yang berminat boleh klik disini Borang Permohonan untuk memuat turun borang permohonan Program Dwi Ijazah. Borang perlu dilengkapkan dan pelajar perlu mendapatkan perakuan Dekan pusat pengajian masing-masing sebelum borang tersebut dihantar ke::

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang
04-653 6197     

ATAU

Borang permohonan tersebut juga boleh diemelkan kepada Penyelaras Dwi Ijazah, Dr. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid menerusi masayurashid@usm.my atau melalui Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa menerusi khaslina@usm.my

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid
Penyelaras Program Dwi Ijazah
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-653 2272
Emel: masayurashid@usm.my

School of Distance Education
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia